logo

Terma & Syarat

Syarat-syarat untuk mendaftar di Topup Center.

  • Pendaftaran sebagai agen jualan Topup.Center adalah terbuka kepada semua warga Malaysia yang berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan jualan kredit tambah nilai dan yang ingin menjana pendapatan tetap atau sampingan. Had umur menjadi ahli adalah pada umur 18 tahun ke atas.
  • Pendaftaran sebagai agen Topup.Center boleh dilakukan terus dengan kakitangan syarikat kami atau Reseller-Reseller Topup.Center sah yang dilantik oleh syarikat kami.
  • Topup.Center berhak untuk menggantung dan/atau menamatkan keahlian sekiranya mengesyaki terdapat sebarang aktiviti penipuan atau jenayah yang telah dilakukan.
  • Topup.Center tidak akan bertanggungjawan sekiranya terdapat individu yang mengenakan yuran pendaftaran yang tinggi untuk menjadi agen Topup.Center.
  • Kredit jualan topup atau komisen jualan topup tidak boleh ditukar atau ditebus kembali dalam bentuk wang ringgit.
  • Dengan mendaftar sebagai agen Topup.Center, rakan-rakan niaga kami dianggap memahami kandungan terma & syarat dan bersetuju dengannya.
  • Topup.Center berhak dengan budi bicara untuk mengubah peratus keuntungan jualan dari masa ke semasa tertakluk kepada perubahan harga yang ditetapkan oleh syarikat telekomunikasi.
  • Topup.Center berhak untuk membatalkan anda sebagai agen Topup.Center sekiranya terdapat penyalahgunaan nama Topup.Center atau lain-lain aktviti yang secara langsung atau secara tidak langsung menjejaskan reputasi perkhidmatan kami.
  • Topup.Center berhak membatalkan atau menambah sebarang daripada Terma dan Syarat dari semasa ke semasa tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu.